Khamis, 14 Januari 2010
Teknik Belajar Secara Berkesan.
1. Membuat Ulangkaji Pelajaran.
- menyemak
- memahami
- menghafal
- menganalisis kelemahan
- membuat catatan
2. Membuat Rujukan.
- berbincang
- selalu bertanya
- mencari maklumat lain
- bertanya guru
3. Membuat dan Menjawab Latihan
- latih tubi
- kuiz
- soal jawab
- analisis soalan
Selasa, 12 Januari 2010
Sayangi Diri Sendiri
Dalam diri kita, mungkin ada yang pernah mempersoalkan, “Macam mana orang nak sayang kita kalau kita tak sayang diri sendri? Kita sayangkan diri kita, tapi kita sering lakukan perkara yang menyebabkan diri kita terluka”. Memang betul pun kan ungkapan ni. Apa lagi yang orang lain mampu lakukan kalau kita sendiri tidak sayangkan diri. Macam mana pula caranya untuk menyayangi diri sendiri? Mungkin ramai yamg tidak tahu, namun sebenarnya sangat mudah untuk kita menyayangi diri sendri. Untuk memudahkan dan memahamkan semua, cuba bayangkan begini, kita mempunyai seseorang yang sangat kita sayangi, dan kita mahukan sesuatu yang sempurna untuk insan itu. Kita tidak mahu dia lakukan apa perkara yang menyebabkan kita tidak selesa dan menyakitkan hati kita. Apa yang kita tidak mahu dia lakukan, maka janganlah juga kita lakukan perkara yang sama pada diri kita. Sebenarnya, tidak sama menyayangi diri sendiri dengan menyayangi orang lain. Anda akan lebih menyayangi yang lain jika anda menyayangi diri sendiri. Kerana anda akan sedar, akan kepentingan sesuatu yang wujud dalam hidup anda. Sayangilah diri anda sebaiknya jika anda mahukan orang lain juga menyayangi anda. Lakukan yang terbaik untuk diri anda.
Ahad, 10 Januari 2010
Kita Adalah Siapa Yang Kita Lihat

Dalam kehidupan manusia, sering kali kita mentafsirkan sesuatu perkara mengikut apa yang kita fikirkan. Yang hitam kadang-kala menjadi putih, yang tercorot dianggap terbaik, yang negatif boleh menjadi positif di mata seseorang manusia. Kerana pandangan manusia adalah berbeza, kita harus membuat keputusan yang terbaik dalam setiap agenda dan rencana hidup sehari-harian. Pilihlah keputusan yang benar-benar penting, jangan gunakan emosi dalam membuat sesuatu tindakan, gunalah akal dan bertenang dalam menilai sesuatu perkara. Ilusi dan imaginasi seringkali mengaburi
Sabtu, 9 Januari 2010
PERSEDIAAN KE SESI TEMUDUGA

1. Panduan Sebelum Menghadiri Temuduga
• Pastikan anda sampai sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
• Tenangkan diri anda sebelum sesi temuduga dijalankan.
• Dapatkan maklumat-maklumat yang berguna berkenaan dengan syarikat atau jawatan yang dipohon melalui internet atau sumber-sumber lain.
• Pengetahuan anda mengenai syarikat atau jawatan tersebut akan menjadikan majikan kagum dengan keprihatinan dan kesediaan anda.
2. Sewaktu Sesi Temuduga
• Gunakan pakaian yang sopan dan sesuai dengan pekerjaan yang dipohon.
• Pastikan telefon bimbit anda dimatikan sebelum memasukki bilik temuduga.
• Semua sijil dan dokumen asal yang berkaitan perlu diisi di dalam fail atau sampul surat yang sesuai. Sebaiknya gunakan fail lutsinar dan disusun dokumen dan sijil mengikut yang paling utama dihadapan.
• Gunakan kasut yang sesuai, bersih dan kemas. Jangan gunakan kasut sukan, selipar, sandal atau but.
• Berambut pendek adalah bersesuaian untuk lelaki.
• Jika anda seorang lelaki jangan memakai subang, rantai dan gelang tangan.
• Bawa bersama pen dan buku kecil untuk catatan jika perlu.
• Elakkan nafas berbau.
• Gunakan minyak wangi untuk keselesaan anda.
3. Bagaimana Menceritakan Pengalaman Anda Sewaktu Ditemuduga
• Ceritakan mengenai diri anda dan kebolehan yang ada.
• Elakkan memuji diri sendiri.
• Jawab soalan secara lengkap dengan cara mennghuraikan sedikit jawapan anda.
• Pastikan percakapan anda jelas didengari dan jangan bercakap terlalu laju.
• Duduk tegak dan pandang ke arah penemuduga apabila anda bercakap.
• Kaitkan jawatan yang dipohon dengan tugas-tugas yang pernah anda lakukan.
• Elakkan bercerita terlalu panjang tanpa henti.
• Elakkan menanya penemuduga dengan tujuan menguji kebolehan penemuduga.

4. Pertanyaan Kepada Majikan
• Di penghujung sesi temuduga, penemuduga biasanya akan bertanya kepada calon sekiranya ada sebarang soalan.
• Elakkan terlalu banyak soalan.
• Tanyakan tanggungjawab jawatan yang dipohon.
• Tanyakan kepada siapa untuk melapor diri.
• Tanyakan tempoh waktu kerja.
• Tanyakan sama ada dikehendaki ke luar kawasan.
• Tanyakan gaji atau lingkungan bayaran yang akan diterima
• Tanyakan kemudahan kesihatan
5. Doa dan Tawakkal
Dalam apa jua usaha kita, haruslah diiringi dengan doa. Semoga kita berjaya mendapat pekerjaan yang berkat lagi diredhai. Jangan berputus asa sekiranya anda tidak mendapat apa yang dihajati. Percayalah, Tuhan pasti akan memberikan yang terbaik skepada hambanya sekiranya kita masih belum memperolehinya. Apa yang pasti, berusahalah dengan sebaiknya kerana perjuangan tiada sempadannya.
Jumaat, 8 Januari 2010
Panduan Ringkas Membuat Resume
Sewaktu menghadiri sesuatu temuduga, calon mestilah menyediakan resume ringkas untuk memudahkan penemuduga memahami dan mengetahui siapa anda. Di sini, saya sediakan beberapa panduan ringkas yang boleh diikuti. Sebelum itu, resume merupakan data dan maklumat ringkas yang menceritakan pengalaman serta kelayakan yang dimilikki oleh individu dalam mencari pekerjaan yang dimahukan. Resume boleh dikategorikan satu persediaan penting dalam penilaian calon sama ada layak atau tidak untuk proses berikutnya dalam proses pemilihan senarai pendek sesuatu temuduga. Resume yang dibuat dengan baik akan memudahkan pembacanya menilai kelayakan calon-calon. Berikut adalah panduan membuat resume :
Umumnya, resume hanya ada 2 muka surat. Sekiranya pengalaman pekerjaan dan pendidikan yang dirasakan penting maka 3 muka surat resume masih dapat dibuat.
Lekatkan gambar berwarna berukuran pasport terbaru di muka hadapan. Tuliskan latar belakang pendidikan dan pekerjaan secara tepat dan jelas.
Tuliskan perkara yang relevan dengan tuntutan pekerjaan yang diminta.
Elakkan kesalahan tanda baca, ejaan ataupun bahasa. Jika resume dalam bahasa Inggeris, minta untuk disemak oleh seseorang yang menguasai bahasa tersebut.
Resume yang dibuat secara tidak tersusun menggambarkan ketidakmampuan penulis untuk menceritakan pengalaman serta kelayakannya.
Pilih format terbaik yang dapat ditampilkan untuk membuat resume, seperti pemilihan jenis huruf dan kertas yang digunakan serta penggunaan warna jika menggunakan pencetak warna.
Nyatakan penghargaan dan anugerah yang pernah diterima sesuai dengan jawatan yang diminta.
Nyatakan prestasi dan pencapaian akademik yang diperolehi.
Jika terlibat dalam organisasi professional seperti Jabatan Perkhidmatan dan sebagainya sila nyatakan.
Tuliskan semua pengalaman yang pernah dilalui sesuai dengan tuntutan pekerjaan yang dipohon.
Tidak perlu nyatakan gaji yang perolehi sebelum ini, tetapi perlu dinyatakan gaji yang anda pohon.
Lampirkan dokumen atau salinan sijil yang penting sahaja khususnya salinan sijil SPM/STPM, Sijil Kemahiran, Diploma serta Ijazah. Tidak perlu dilampirkan sijil penyertaan merentas desa, penyertaan kursus sehari yang tiada kaitan dengan pekerjaan, sijil berhenti sekolah, sijil beranak dan sebagainya melainkan ianya diminta secara khusus oleh majikan. Sila sahkan salinan sijil yang dilampirkan.
Jika memilikki lesen kenderaan sila nyatakan. Sekiranya mempunyai kenderaan sendiri dan paspot antarabangsa sila nyatakan jika jawatan yang dipohon memerlukan anda untuk melakukan tugasan luar
Resume yang dihantar perlu didahulukan dengan surat permohonan pekerjaan yang padat dan kemas.
Simpan surat permohonan dan resume dalam “softcopy” supaya mudah untuk dihantar melalui ”email” bila perlu. Pastikan saiz dokumen tidak besar supaya tidak melambatkan proses penerimaan oleh majikan. Sebaiknya saiz dokumen hendaklah kurang 50 KB.
Gunakan perisian “word processing” jika anda membuat resume. Elakkan menggunakan perisisan “spread sheet” seperti Excel dan sebagainya untuk membuat resume anda.
Semoga sedikit maklumat ini dapat membantu semua dalam menuju ke alam perkerjaan. Setakat ini saya cuma catatkan Panduan Ringkas Membuat Resume. Ada masa saya akan lampirkan pula apakah persediaan yang boleh dilakukan untuk menghadiri temuduga..
Khamis, 7 Januari 2010
Cabaran Kerjaya Di Masa Depan
Dalam pembangunan yang kian mencabar kini, pelbagai halangan mula timbul dalam meneruskan kehidupan demi sesuap nasi. Peluang pekerjaan yang ditawarkan pula seolah-olah semakin terhad untuk insan-insan yang memerlukan pekerjaan mendapat tempat dalam sektor yang diinginkannya. Kata orang, zaman sekarang jangan terlalu memilih dalam berkerjaya sekarang, kerana ruangnya semakin terhad. Justeru, apa yang boleh dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang kerjaya dan pekerjaan yang dikehendaki.?
1. Rujuk bahagian bimbingan dan kaunseling di sekolah.
2. Cari maklumat awal di dalam internet.
3. Akhbar-akhbar utama khususnya keluaran hujung minggu
4. Laman web JobsMalaysia (www.mohr.gov.my)
Untuk catatan akan datang, saya akan sediakan tips untuk membuat resume dan persediaan yang boleh dilakukan untuk menhgadiri temuduga....

