Khamis, 28 Januari 2010

Kod Etika Kaunseling Sekolah

1. Kod Etika ini bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi kaunselor dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada piawaian perlakuan kaunselor. Kod Etika ini menggariskan piawaian perlakuan dalam menjalin perhubungan professional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. Ia juga merangkumi etika perlakuan yang piawai mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor.

2. Kod Etika berasaskan kepada nilai- nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan terhadap penghargaaan kendiri, dignity dan keunikan individu termasuk hak- hak dan peluang- peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai- nilai murni.

3. Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, kaunselor hendaklah menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berasaskan kepada kesemua prinsip yang terkandung dalam Kod Etika.

4. Kod Etika ini tidak menggariskan semua peraturan kaunselor dalam menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

5. Kod Etika iini tidak seharusnya digunakan sebagai instrument untuk menyekat peluang dan kebebasan kaunselor dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus digunakan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada kaunselor tanpa diberi hak perlindungan dan keadilan yang maksima.

Sabtu, 23 Januari 2010

Sekadar Coretan

Manusia dilahirkan dengan hati dan perasaan.
Namun kadang-kadang, ada juga manusia yang tiada rasa belas simpati.
Ramai yang tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang.
Bukan bermaksud untuk menafikan perlunya ke arah yang lebih baik,
namun ada kalanya manusia terlalu tamak dalam mengejar kemewahan dunia.
Di luar sana, masih ramai yang meminta simpati.
Berbekalkan bekas kecil, meminta belas simpati di kaki lima.
Mencari rezeki di pinggir jalan, demi sesuap nasi.
Selagi ada kudrat, teruskan untuk hidup.
Yang memberi lebih baik dari yang menerima.

Ahad, 17 Januari 2010

HUKUMAN BUANG SEKOLAH KALAU TIDAK PAKAI TOPI KELEDAR

JOHOR BAHRU - Mana-mana pelajar sekolah yang 'besar kepala' dengan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke sekolah mungkin berhadapan tindakan gantung atau buang sekolah selepas ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan tersebut jika pelajar terbabit masih tidak berubah meskipun beberapa kali diberikan kaunseling termasuk memanggil ibu bapa pelajar terbabit ke sekolah.

"Pemakaian topi keledar amat penting kerana berdasarkan statistik baru-baru ini, 2,000 daripada 6,000 kemalangan maut adalah melibatkan penunggang motosikal.

"Sekiranya pelajar enggan memakai topi keledar, tidak kira di kawasan pedalaman atau bandar, pihak kementerian tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan peraturan itu jika pelajar masih tidak berubah meskipun ibu bapa telah dipanggil dan diberikan kaunseling berkali-kali," katanya.





Artikel ini dipetik dari KOSMO 18 JANUARI 2010
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
nanhidayat.nanazmie@kosmo.com.my

Sabtu, 16 Januari 2010

Tingkatkan Keyakinan Berucap

Salam semuanya...

Hari ni saya sedikit penat sebab baru pulang dari menjadi hakim pertandingan debat dalaman UPSI iaitu Debat Piala Pengetua Kolej Harun Aminurrasyid... Mula ke sana jam 12.00 tengah hari, jam 12.30 pagi baru sampai rumah... namun seronok dapat tengok dan menjadi hakim kepada junior-junior debat yang baru.. Masih banyak yang perlu dipelajari dalam meningkatkan keyakinan diri untuk berucap di depan orang ramai... termasuklah saya walaupun sudah bergelar senior.

Berikut saya berikan beberapa panduan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan keyakinan diri dalam bercakap ataupun berucap di khalayak yang lebih ramai...

1. Pastikan anda memahami sesuatu tajuk dengan mendalam agar anda tahu apa yang anda ingin perkatakan.
2. Buat rujukan tentang apa yang anda ingin perkatakan agar anda mempunyai banyak perkara yang sahih dan ini dapat membantu anda untuk berucap dengan baik.
3. Jangan bercakap terlalu laju dan jangan terlalu perlahan, cakap dengan jelas dan gunakan perkataan yang mudah difahami orang.
4. Buat persediaan awal contohnya membuat persediaan mendalam tentang topik yang ingin dikemukakan.
5. Sediakan contoh-contoh yang sesuai agar orang yang mendengar faham tentang aspek yang ingin diucapkan.
6. Berdiri tegap dan jangan tundukkan muka anda.
7. Kawal perasaan gementar dengan cara tarik nafas perlahan-lahan.
8. Gunakan nada dan gaya bahasa yang pelbagai agar pendengar tidak bosan mendengar apa yang ingin kita sampaikan.
9. Jangan terlalu serius, sesekali boleh masukkan unsur-unsur humor yang boleh membantu.

Khamis, 14 Januari 2010

Teknik Belajar Secara Berkesan.

Setiap pelajar mahukan keputusan yang terbaik dalam mana-mana peperiksaan yang didudukinya. Namun, ramai juga yang kecundang kerana salah dalam membuat persediaan awal untuk menduduki peperiksaan. Sebenarnya, pencapaian cemerlang bermula dari pembelajaran yang berkesan. Di sini saya sertakan beberapa cadangan dan teknik untuk melakukan pembelajaran secara yang berkesan.

1. Membuat Ulangkaji Pelajaran.
- menyemak
- memahami
- menghafal
- menganalisis kelemahan
- membuat catatan

2. Membuat Rujukan.
- berbincang
- selalu bertanya
- mencari maklumat lain
- bertanya guru

3. Membuat dan Menjawab Latihan
- latih tubi
- kuiz
- soal jawab
- analisis soalan

Selasa, 12 Januari 2010

Sayangi Diri Sendiri


Dalam diri kita, mungkin ada yang pernah mempersoalkan, “Macam mana orang nak sayang kita kalau kita tak sayang diri sendri? Kita sayangkan diri kita, tapi kita sering lakukan perkara yang menyebabkan diri kita terluka”. Memang betul pun kan ungkapan ni. Apa lagi yang orang lain mampu lakukan kalau kita sendiri tidak sayangkan diri. Macam mana pula caranya untuk menyayangi diri sendiri? Mungkin ramai yamg tidak tahu, namun sebenarnya sangat mudah untuk kita menyayangi diri sendri. Untuk memudahkan dan memahamkan semua, cuba bayangkan begini, kita mempunyai seseorang yang sangat kita sayangi, dan kita mahukan sesuatu yang sempurna untuk insan itu. Kita tidak mahu dia lakukan apa perkara yang menyebabkan kita tidak selesa dan menyakitkan hati kita. Apa yang kita tidak mahu dia lakukan, maka janganlah juga kita lakukan perkara yang sama pada diri kita. Sebenarnya, tidak sama menyayangi diri sendiri dengan menyayangi orang lain. Anda akan lebih menyayangi yang lain jika anda menyayangi diri sendiri. Kerana anda akan sedar, akan kepentingan sesuatu yang wujud dalam hidup anda. Sayangilah diri anda sebaiknya jika anda mahukan orang lain juga menyayangi anda. Lakukan yang terbaik untuk diri anda.




Ahad, 10 Januari 2010

Kita Adalah Siapa Yang Kita Lihat




Dalam kehidupan manusia, sering kali kita mentafsirkan sesuatu perkara mengikut apa yang kita fikirkan. Yang hitam kadang-kala menjadi putih, yang tercorot dianggap terbaik, yang negatif boleh menjadi positif di mata seseorang manusia. Kerana pandangan manusia adalah berbeza, kita harus membuat keputusan yang terbaik dalam setiap agenda dan rencana hidup sehari-harian. Pilihlah keputusan yang benar-benar penting, jangan gunakan emosi dalam membuat sesuatu tindakan, gunalah akal dan bertenang dalam menilai sesuatu perkara. Ilusi dan imaginasi seringkali mengaburi