Khamis, 8 April 2010

Tips Untuk Kurangkan Rasa Marah



Fokus pada masalah, bukan pada perasaan

Ketika seseorang sering mencari kesalahan terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan, kita mungkin marah dan mula memfokus kepada emosi tersebut. Jika kita tidak mengutamakan soal penyelesaian masalah tersebut, kemarahan hanya akan membawa kepada masalah lain iaitu kita mula mencari dan mengungkit kesalahan yang dilakukan oleh orang tersebut.


Jangan mudah membuat kesimpulan. Siasat dan semak sebaik mungkin

Ketika seseorang memiliki tanggapan terhadap terhadap seseorang terutamanya persepsi negatif, penilaian menjadi tidak rasional. Apa sahaja yang dilakukan oleh orang tersebut akan dianggap negatif. Oleh itu, perlu siasat dan teliti sebaik mungkin.


Bersabar

Reaksi marah yang tidak dikawal amat berbahaya kerana kesannya adalah situasi menjadi bertambah sukar.


Jangan terlalu mengharap

Kemarahan terjadi kerana kecewa akibat harapan yang tidak dipenuhi. Padahal ia merupakan sesuatu yang biasa kerana kita sering menetapkan standard yang terlalu tinggi.

Contohnya, jika anak anda masih melakukan kesalahan matematik walaupun sudah beberapa kali diterangkan kepadanya, jangan berteriak 'bodoh' atau memarahi dengan panggilan yang tidak elok. Cara itu hanya menyebabkan perasaan anak-anak terluka.


Jangan melibatkan sebab-sebab lain

Banyak kemarahan terjadi kerana sebab-sebab lain yang langsung tidak ada kaitan. Ini disebabkan kita menyimpan sesuatu emosi terhadap seseorang.


Alihkan kemarahan kepada perkara-perkara lain

Setiap daripada kita memiliki pola kemarahan yang pelbagai. Ada yang bertindak balas secara serta-merta dengan memaki hamun, menyergah atau berteriak, melempar barangan, menangis dan sebagainya. Sebenarnya pola tersebut boleh dialihkan kepada cara yang lebih terkawal dan tidak menimbulkan aib kepada diri sendiri dan orang yang dimarahi.


Menilai dengan bertanya kepada diri

Emosi kemarahan boleh mendatangkan penyakit fizikal. Oleh itu, kita perlu mencari kaedah untuk mengurangkan ketegangan emosi. Misalnya dengan memikirkan 'kenapa saya perlu memikirkan masalah yang kecil ini hinggakan mengganggu ketenangan saya?' atau 'saya ada hal lain yang lebih penting untuk diurus'; atau 'sudahlah, perkara sudah berlaku.Kita perlu bersikap relaks dalam menghadapi masalah yang silih berganti dan memancing emosi.


Melakukan aktiviti melepas tekanan

Emosi marah seseorang boleh dibendung jika ia rajin melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dapat melupakan permasalahan. Contohnya adalah dengan menyanyi, berteriak, memukul-mukul bantal, beryoga, bermeditasi dan sebagainya.


Belajar menyatakan emosi

Kita sering berfikir masih ada hari esok. Kita selalu menangguh dan selalu berfikir bahawa orang akan tahu perasaan kita. Mungkin esok bukan milik kita. Jadi, janganlah menangguh untuk menyatakan emosi atau perasaan yang terpendam kepada seseorang yang kita kasihi. Mengapa kita tidak melakukannya sekarang juga?


PETIKAN KOSMO 9 APRIL 2010

Khamis, 4 Mac 2010

Khamis, 25 Februari 2010

Salam Sayang Semuanya.....


Maaf kerana lama tidak bersua... kebelakangan ni, terlalu sibuk dengan hal-hal keduniaan, minat dan hobi....

17hb hingga 21hb Februari yang lalu, saya telah mewakili UPSI ke pertandingan DEBAT TERBUKA ASTAR PERINGKAT IPTA di UNIVERSITI MALAYA. Banyak yang dapat dipelajari dari aspek pengurusan, protokol, cara melayan tetamu dan juga cara menyampaikan pendapat dengan bernas....

Walaupon tidak mendapat tempat, namun ilmu yang di perolehi tiada bandingannya... Perhubungan yang terjalin juga bertambah erat... Inilah harga dan nilai dalam kehidupan yang tidak mampu dibeli dengan apa pun....


Khamis, 28 Januari 2010

Kod Etika Kaunseling Sekolah

1. Kod Etika ini bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi kaunselor dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada piawaian perlakuan kaunselor. Kod Etika ini menggariskan piawaian perlakuan dalam menjalin perhubungan professional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. Ia juga merangkumi etika perlakuan yang piawai mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor.

2. Kod Etika berasaskan kepada nilai- nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan terhadap penghargaaan kendiri, dignity dan keunikan individu termasuk hak- hak dan peluang- peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai- nilai murni.

3. Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, kaunselor hendaklah menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berasaskan kepada kesemua prinsip yang terkandung dalam Kod Etika.

4. Kod Etika ini tidak menggariskan semua peraturan kaunselor dalam menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

5. Kod Etika iini tidak seharusnya digunakan sebagai instrument untuk menyekat peluang dan kebebasan kaunselor dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus digunakan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada kaunselor tanpa diberi hak perlindungan dan keadilan yang maksima.

Sabtu, 23 Januari 2010

Sekadar Coretan

Manusia dilahirkan dengan hati dan perasaan.
Namun kadang-kadang, ada juga manusia yang tiada rasa belas simpati.
Ramai yang tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang.
Bukan bermaksud untuk menafikan perlunya ke arah yang lebih baik,
namun ada kalanya manusia terlalu tamak dalam mengejar kemewahan dunia.
Di luar sana, masih ramai yang meminta simpati.
Berbekalkan bekas kecil, meminta belas simpati di kaki lima.
Mencari rezeki di pinggir jalan, demi sesuap nasi.
Selagi ada kudrat, teruskan untuk hidup.
Yang memberi lebih baik dari yang menerima.

Ahad, 17 Januari 2010

HUKUMAN BUANG SEKOLAH KALAU TIDAK PAKAI TOPI KELEDAR

JOHOR BAHRU - Mana-mana pelajar sekolah yang 'besar kepala' dengan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke sekolah mungkin berhadapan tindakan gantung atau buang sekolah selepas ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan tersebut jika pelajar terbabit masih tidak berubah meskipun beberapa kali diberikan kaunseling termasuk memanggil ibu bapa pelajar terbabit ke sekolah.

"Pemakaian topi keledar amat penting kerana berdasarkan statistik baru-baru ini, 2,000 daripada 6,000 kemalangan maut adalah melibatkan penunggang motosikal.

"Sekiranya pelajar enggan memakai topi keledar, tidak kira di kawasan pedalaman atau bandar, pihak kementerian tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan peraturan itu jika pelajar masih tidak berubah meskipun ibu bapa telah dipanggil dan diberikan kaunseling berkali-kali," katanya.





Artikel ini dipetik dari KOSMO 18 JANUARI 2010
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
nanhidayat.nanazmie@kosmo.com.my

Sabtu, 16 Januari 2010

Tingkatkan Keyakinan Berucap

Salam semuanya...

Hari ni saya sedikit penat sebab baru pulang dari menjadi hakim pertandingan debat dalaman UPSI iaitu Debat Piala Pengetua Kolej Harun Aminurrasyid... Mula ke sana jam 12.00 tengah hari, jam 12.30 pagi baru sampai rumah... namun seronok dapat tengok dan menjadi hakim kepada junior-junior debat yang baru.. Masih banyak yang perlu dipelajari dalam meningkatkan keyakinan diri untuk berucap di depan orang ramai... termasuklah saya walaupun sudah bergelar senior.

Berikut saya berikan beberapa panduan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan keyakinan diri dalam bercakap ataupun berucap di khalayak yang lebih ramai...

1. Pastikan anda memahami sesuatu tajuk dengan mendalam agar anda tahu apa yang anda ingin perkatakan.
2. Buat rujukan tentang apa yang anda ingin perkatakan agar anda mempunyai banyak perkara yang sahih dan ini dapat membantu anda untuk berucap dengan baik.
3. Jangan bercakap terlalu laju dan jangan terlalu perlahan, cakap dengan jelas dan gunakan perkataan yang mudah difahami orang.
4. Buat persediaan awal contohnya membuat persediaan mendalam tentang topik yang ingin dikemukakan.
5. Sediakan contoh-contoh yang sesuai agar orang yang mendengar faham tentang aspek yang ingin diucapkan.
6. Berdiri tegap dan jangan tundukkan muka anda.
7. Kawal perasaan gementar dengan cara tarik nafas perlahan-lahan.
8. Gunakan nada dan gaya bahasa yang pelbagai agar pendengar tidak bosan mendengar apa yang ingin kita sampaikan.
9. Jangan terlalu serius, sesekali boleh masukkan unsur-unsur humor yang boleh membantu.