Jumaat, 8 Januari 2010

Panduan Ringkas Membuat Resume

Sewaktu menghadiri sesuatu temuduga, calon mestilah menyediakan resume ringkas untuk memudahkan penemuduga memahami dan mengetahui siapa anda. Di sini, saya sediakan beberapa panduan ringkas yang boleh diikuti. Sebelum itu, resume merupakan data dan maklumat ringkas yang menceritakan pengalaman serta kelayakan yang dimilikki oleh individu dalam mencari pekerjaan yang dimahukan. Resume boleh dikategorikan satu persediaan penting dalam penilaian calon sama ada layak atau tidak untuk proses berikutnya dalam proses pemilihan senarai pendek sesuatu temuduga. Resume yang dibuat dengan baik akan memudahkan pembacanya menilai kelayakan calon-calon. Berikut adalah panduan membuat resume :

* Umumnya, resume hanya ada 2 muka surat. Sekiranya pengalaman pekerjaan dan pendidikan yang dirasakan penting maka 3 muka surat resume masih dapat dibuat.

* Lekatkan gambar berwarna berukuran pasport terbaru di muka hadapan. Tuliskan latar belakang pendidikan dan pekerjaan secara tepat dan jelas.

* Tuliskan perkara yang relevan dengan tuntutan pekerjaan yang diminta.

* Elakkan kesalahan tanda baca, ejaan ataupun bahasa. Jika resume dalam bahasa Inggeris, minta untuk disemak oleh seseorang yang menguasai bahasa tersebut.

* Resume yang dibuat secara tidak tersusun menggambarkan ketidakmampuan penulis untuk menceritakan pengalaman serta kelayakannya.

* Pilih format terbaik yang dapat ditampilkan untuk membuat resume, seperti pemilihan jenis huruf dan kertas yang digunakan serta penggunaan warna jika menggunakan pencetak warna.

* Nyatakan penghargaan dan anugerah yang pernah diterima sesuai dengan jawatan yang diminta.

* Nyatakan prestasi dan pencapaian akademik yang diperolehi.

* Jika terlibat dalam organisasi professional seperti Jabatan Perkhidmatan dan sebagainya sila nyatakan.

* Tuliskan semua pengalaman yang pernah dilalui sesuai dengan tuntutan pekerjaan yang dipohon.

* Tidak perlu nyatakan gaji yang perolehi sebelum ini, tetapi perlu dinyatakan gaji yang anda pohon.

* Lampirkan dokumen atau salinan sijil yang penting sahaja khususnya salinan sijil SPM/STPM, Sijil Kemahiran, Diploma serta Ijazah. Tidak perlu dilampirkan sijil penyertaan merentas desa, penyertaan kursus sehari yang tiada kaitan dengan pekerjaan, sijil berhenti sekolah, sijil beranak dan sebagainya melainkan ianya diminta secara khusus oleh majikan. Sila sahkan salinan sijil yang dilampirkan.

* Jika memilikki lesen kenderaan sila nyatakan. Sekiranya mempunyai kenderaan sendiri dan paspot antarabangsa sila nyatakan jika jawatan yang dipohon memerlukan anda untuk melakukan tugasan luar

* Resume yang dihantar perlu didahulukan dengan surat permohonan pekerjaan yang padat dan kemas.

* Simpan surat permohonan dan resume dalam “softcopy” supaya mudah untuk dihantar melalui ”email” bila perlu. Pastikan saiz dokumen tidak besar supaya tidak melambatkan proses penerimaan oleh majikan. Sebaiknya saiz dokumen hendaklah kurang 50 KB.

* Gunakan perisian “word processing” jika anda membuat resume. Elakkan menggunakan perisisan “spread sheet” seperti Excel dan sebagainya untuk membuat resume anda.


Semoga sedikit maklumat ini dapat membantu semua dalam menuju ke alam perkerjaan. Setakat ini saya cuma catatkan Panduan Ringkas Membuat Resume. Ada masa saya akan lampirkan pula apakah persediaan yang boleh dilakukan untuk menghadiri temuduga..

1 ulasan: