Sabtu, 9 Januari 2010

PERSEDIAAN KE SESI TEMUDUGA


1. Panduan Sebelum Menghadiri Temuduga

• Pastikan anda sampai sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
• Tenangkan diri anda sebelum sesi temuduga dijalankan.
• Dapatkan maklumat-maklumat yang berguna berkenaan dengan syarikat atau jawatan yang dipohon melalui internet atau sumber-sumber lain.
• Pengetahuan anda mengenai syarikat atau jawatan tersebut akan menjadikan majikan kagum dengan keprihatinan dan kesediaan anda.


2. Sewaktu Sesi Temuduga

• Gunakan pakaian yang sopan dan sesuai dengan pekerjaan yang dipohon.
• Pastikan telefon bimbit anda dimatikan sebelum memasukki bilik temuduga.
• Semua sijil dan dokumen asal yang berkaitan perlu diisi di dalam fail atau sampul surat yang sesuai. Sebaiknya gunakan fail lutsinar dan disusun dokumen dan sijil mengikut yang paling utama dihadapan.
• Gunakan kasut yang sesuai, bersih dan kemas. Jangan gunakan kasut sukan, selipar, sandal atau but.
• Berambut pendek adalah bersesuaian untuk lelaki.
• Jika anda seorang lelaki jangan memakai subang, rantai dan gelang tangan.
• Bawa bersama pen dan buku kecil untuk catatan jika perlu.
• Elakkan nafas berbau.
• Gunakan minyak wangi untuk keselesaan anda.


3. Bagaimana Menceritakan Pengalaman Anda Sewaktu Ditemuduga

• Ceritakan mengenai diri anda dan kebolehan yang ada.
• Elakkan memuji diri sendiri.
• Jawab soalan secara lengkap dengan cara mennghuraikan sedikit jawapan anda.
• Pastikan percakapan anda jelas didengari dan jangan bercakap terlalu laju.
• Duduk tegak dan pandang ke arah penemuduga apabila anda bercakap.
• Kaitkan jawatan yang dipohon dengan tugas-tugas yang pernah anda lakukan.
• Elakkan bercerita terlalu panjang tanpa henti.
• Elakkan menanya penemuduga dengan tujuan menguji kebolehan penemuduga.

















4. Pertanyaan Kepada Majikan

• Di penghujung sesi temuduga, penemuduga biasanya akan bertanya kepada calon sekiranya ada sebarang soalan.
• Elakkan terlalu banyak soalan.
• Tanyakan tanggungjawab jawatan yang dipohon.
• Tanyakan kepada siapa untuk melapor diri.
• Tanyakan tempoh waktu kerja.
• Tanyakan sama ada dikehendaki ke luar kawasan.
• Tanyakan gaji atau lingkungan bayaran yang akan diterima
• Tanyakan kemudahan kesihatan


5. Doa dan Tawakkal

Dalam apa jua usaha kita, haruslah diiringi dengan doa. Semoga kita berjaya mendapat pekerjaan yang berkat lagi diredhai. Jangan berputus asa sekiranya anda tidak mendapat apa yang dihajati. Percayalah, Tuhan pasti akan memberikan yang terbaik skepada hambanya sekiranya kita masih belum memperolehinya. Apa yang pasti, berusahalah dengan sebaiknya kerana perjuangan tiada sempadannya.

1 ulasan:

  1. Thankz kawan.. kunjungi aku juga ea > http://www.alex-virtualworld.tk
    more about : | Software With Key | Keygen & Crack | Hacking Tools | Information And Tips/Trik | More About Computing |

    BalasPadam