Selasa, 12 Januari 2010

Sayangi Diri Sendiri


Dalam diri kita, mungkin ada yang pernah mempersoalkan, “Macam mana orang nak sayang kita kalau kita tak sayang diri sendri? Kita sayangkan diri kita, tapi kita sering lakukan perkara yang menyebabkan diri kita terluka”. Memang betul pun kan ungkapan ni. Apa lagi yang orang lain mampu lakukan kalau kita sendiri tidak sayangkan diri. Macam mana pula caranya untuk menyayangi diri sendiri? Mungkin ramai yamg tidak tahu, namun sebenarnya sangat mudah untuk kita menyayangi diri sendri. Untuk memudahkan dan memahamkan semua, cuba bayangkan begini, kita mempunyai seseorang yang sangat kita sayangi, dan kita mahukan sesuatu yang sempurna untuk insan itu. Kita tidak mahu dia lakukan apa perkara yang menyebabkan kita tidak selesa dan menyakitkan hati kita. Apa yang kita tidak mahu dia lakukan, maka janganlah juga kita lakukan perkara yang sama pada diri kita. Sebenarnya, tidak sama menyayangi diri sendiri dengan menyayangi orang lain. Anda akan lebih menyayangi yang lain jika anda menyayangi diri sendiri. Kerana anda akan sedar, akan kepentingan sesuatu yang wujud dalam hidup anda. Sayangilah diri anda sebaiknya jika anda mahukan orang lain juga menyayangi anda. Lakukan yang terbaik untuk diri anda.




2 ulasan:

  1. saya suka part ni razi..kita mmg perlu myayangi diri sendri tetapi pada masa yang sama..orang yang dekat kita lbih myayangi daripada kita sendri..ape2 pun ia perlulah seimbang

    BalasPadam
  2. terima kasih rubi atas maklum balas..

    BalasPadam